Who Am I , Aku dilahirkan di Kuala Lumpur pada 12 Mei 1982 , dan merupakan anak yang pertama dalam tiga adik beradik , dibesarkan di dalam keluarga yang sederhana , pendidikan awal yang diberi adalah di Sekolah La Salle Brickfields dari mula darjah satu sehingga Tingkatan 5 , kemudian melanjutkan pelajaran ke Kolej Yayasan Pelajaran Mara di dalam bidang Kejuruteraan Perisian. Tapi malangnya keputusan tak begitu memberangsangkan ‘ terlalu banyak main’ dan akhirnya aku berhenti separuh jalan . Kemudian ditawarkan ke Politeknik Ungku Omar dalam bidang Diploma Teknologi Maklumat. Selama tiga tahu bertapa disana , kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Putra Malaysia dalam bidang Pembangunan Manusia Dan Teknologi Maklumat. Pada tahun 2009 , bertarikh 06/06 aku dianugerahkan seorang isteri.
Blog ini diterbitkan adalah atas dasar untuk berkongsi pandangan dan jua komen yang datang dari isi hati aku , agar rakan – rakan yang mengunjungi blog ini dapat berkongsi serba sedikit input. Tidak terlepas juga diselitkan juga peluang – peluang perniagaan yang dapat aku berkongsi bersama untuk penilaian dipihak kawan – kawan sendiri. Yang baik dijadikan panduan yang tak elok tu jangan dikuti. Selain daripada itu juga diselitkan perniagaan secara kecil – kecilan aku yang menjadi tapak kepadaku untuk terus berkecimpung di dalam dunia perniagaan. Andaikata tersalah bahasa atau terkasar bahasa harap dimaafkan, saya hanya seorang insan biasa yang sering melakukan kesalahan.
Yang Benar
Zulqanaim
http://naiemz.wordpress.com/
http://naiemz.ws/
