Nak Hidup Lama , Tengok Tv Kurang Dari 4 Jam

You know what i’m saying , kalau nak hidup lama , pastikan yang korang tak tengok tv melebihi dari 4 jam. Adakah ini merupakan satu spekulasi , andaian atau fakta sains. Mungkin sebilangan orang hanya menganggap ini sebagai mengarut. Tetapi tidak oleh sekumpulan pengkaji dari Institut Diabetis Dan Jantung IDI yang diketuai Davis Dunstan  di Sydney , Australia . Kajian telah dibuat , mereka ini mengesahkan bahawa mereka yang menonton tv lebih dari 4 jam berisiko tinggi sebanyak 46% menghadapi kematian disebabkan oleh dari pelbagai punca.  Sebanyak 80% dari mereka ini akan diserang oleh penyakit kardiovaskular dan jantung.

Nak Tahu Buktinya ?

Selama 6 tahun mereka ini membuat kajian terhadap masyarakat di Australia seramai 8,800 orang , kajian dibuat dari pelbagai aspek , orang yang merokok , tak bersenam , tidur dan berbagai lagi. Untuk pengetahuan korang juga purata masyarakat di Australia secara purata menonton televisyen selama 3 jam. Menurut kajian mereka juga , orang yang kerap bersenam juga tidak lari dari risiko kematian jika tengok televisyen melebihi 4 jam.Pelikkan , tapi ini adalah fakta.

Tapi bagi aku , hidup mati , ajal ditangan tuhan , kita tak boleh mengawalnya. Walau macamana kuatnya seseorang itu hisap rokok , hisap dadah , atau mendapat kanser , jika tak sampai waktunya , selagi itu kehidupan akan diterus. Walaupun seseorang itu sihat dan cergas jika Allah hendak mengambil nyawa hambanya pada hari itu juga , hari itu jugalah matinya. Allah kata jadi maka jadilah.

Sekian

Credit To Harian Metro 12 Jan 2010

Di ulas kembali oleh

http://naiemz.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.