Rapid Kl

Apa komen korang . Salah pengurusan Rapid Kl atau pemandunya. Mengikut pengalaman aku ketika menaiki bas ini , aku pernah dikepit oleh pintu bas ni , sebabnya bas belakang dah hon dan penumpang masih beratur panjang. Adakah wajar sistem yang berorientasikan mesin wang itu digunakan atau wajar kembali kepada asal dengan mengupah konduktor bas. Dari pemerhatian aku , apa yang buat jalan di Brickfield sesak ketika watu kemuncak adalah di sebabkan oleh sistem mesin wang ini , tak boleh dipersalahkan 100 % jugak , sebab keadaan dekat Brickfields yang sesak juga disebabkan kereta diletakkan dengan suka hati sehingga menyebabkan bas ini terpaksa mengambil penumpang ditempat yang sepatutnya didorong oleh pengguna terpaksa beratur panjang untuk masukkan duit dalam tong mesin tu. Pada pendapat korang adakah wajar sistem mesin itu dimansuhkan dan digantikan dengan sistem asal konduktor bas.

Ehsan gambar dar KOSMO 13/01/2010

http://naiemz.wordpress.com

A-Team Edisi Baru

Korang Tahu Tak yang A- Team yang ditayangkan dulu masa 80 -an akan keluar edisi baru . Dulu cerita ni memang cerita kegemaran aku. Actor utama dia Mr. T memang gempak. Muka tahap ganas. Dulu Mr. T nie adalah salah sorang wrestler dalam WWF . Ahli kumpulan dia 4 orang . Bagi edisi yang baru ni , kalau korang lihat , lagu tema filem nie still sama , masih tak berubah. Cuma sekarang ia dikeluarkan dalam bentuk filem manakala dulu tv drama.

Kalau amati dengan teliti Mr T. yang baru nie tak ganas macam Mr. T yang lama. Mr T.  lama actually yang hidupkan jalan cerita A- Team. So korang tengoklah trailer A-Team nie. Tah bila nak tayangkan kat Malaysia. Tarikh keluar filem ni kat US bulan 6 .Korang tengok trailer korang komen la apa yang patut.

http://naiemz.wordpress.com

Nak Hidup Lama , Tengok Tv Kurang Dari 4 Jam

You know what i’m saying , kalau nak hidup lama , pastikan yang korang tak tengok tv melebihi dari 4 jam. Adakah ini merupakan satu spekulasi , andaian atau fakta sains. Mungkin sebilangan orang hanya menganggap ini sebagai mengarut. Tetapi tidak oleh sekumpulan pengkaji dari Institut Diabetis Dan Jantung IDI yang diketuai Davis Dunstan  di Sydney , Australia . Kajian telah dibuat , mereka ini mengesahkan bahawa mereka yang menonton tv lebih dari 4 jam berisiko tinggi sebanyak 46% menghadapi kematian disebabkan oleh dari pelbagai punca.  Sebanyak 80% dari mereka ini akan diserang oleh penyakit kardiovaskular dan jantung.

Nak Tahu Buktinya ?

Selama 6 tahun mereka ini membuat kajian terhadap masyarakat di Read more »

Farmville Maniac

You know what im sayin. Farmville !!!   Facebook aka Farmville tak dapat dipisahkan. Ianya telah menjadi satu kegilaan pada tahun 2009 sehingga kini. Apa yang aku dapat simpulkan , jika aku di pejabat  rata – rata tengah dok fokus menanam tanaman secara maya. Mungkin impian untuk menanam secara nyata tak kesampaian. Dan mungkin ini adalah satu persedian awal untuk memliki satu ladang tanaman pada masa hadapan. Ataupun mungkin dah takde keje nak buat, jadi masa yang terbuang itu  dihabiskan dengan bercucuk tanam. Mengikut pandangan masing – masing la. Actually, ia adalah merupakan satu simulasi yang boleh mengakibatkan ketagihan tahap melampau jika tidak dikawal.

Read more »

Lakaran Permulaan Untuk Tahun 2010

Assalamualaikum dan selamat kepada semua !!

Selamat tahun 2010 saya ucapkan kepada semua yang mengikuti blog pertama catatan peribadi saya. Bagi sesiapa yang singgah di blog yang tak seberapa ini , terima kasih saya ucapkan. Tahun 2009 melambai sayonara kepada kita manakala tahun 2010 menyambut kedatangan kita dengan tangan terbuka. Tapi adakah pertukaran peredaran tarikh ini memberi apa – apa erti yang bermakna bagi diri kita ? Ya , sekiranya kita mempunyai matlamat , dan visi hidup. Tanpanya,  kita akan merasa saat pertukaran tahun itu sekadar kosong. Apa yang dicapai ? Apa yang tercapai ? Saya disini bukanlah untuk menunjukkan diri saya ini seorang yang berjaya , tetapi ini adalah salah satu cara saya berdialog dengan diri saya sendiri untuk melihat kembali kebelakang dan membetulkan kelemahan yang ada pada diri saya. Dimana , intipati yang berada dalam diri saya menegur kembali diri saya yang masih dalam alam khayalan. Dalam bentuk penulisan ini juga saya dapat memperlihatkan kelemahan diri saya yang sebenarnya.

Read more »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.